Assalamualaikum dan selamat malam..(malamyangmasihcerahdiluarhahaha)
Bersama saya Aniz dalam rancangan Kelas Kau Dibatalkan Petang Ini yang telah menggantikan rancangan Kelas Kau Maria..HAHA
Maaf ini bukan rancangan hiburan..ini AKHBAR Sari Berita Mu-Tak-Hey..
BERITA UTAMA
Aku dapat bonus setengah bulan. Tapi aku taknak jakun sebab aku tahu engkau orang dapat dua bulan setengah kan!!! tskkkk tepi! tepi! takyah nak mengaku bespren dengan aku! HAHA
SETEMPAT
Ekoran daripada (aku-tak-paham-kenapa-kena-pakai-perkataan-ekoran???) kejadian ini, Pak Cik tersebut telah manghantar mesej kepada Aniz tiga hari selepas kejadian malang-ayam-nampak-di-kaki tersebut. Berikut disertakan inkues kejdian yang meragut emosi gembira gadis comel terbabit selama beberapa hari;
-Aniz parking
-Pakcik marah-marah maki-maki
-Pakcik hantar mesej tiga hari selepas kejadian berbunyi
"Salam. ini tuan punya kereta ******* putih ya?"
"ya. siapa ni?" -aku
"sapa nama?"
"cik ke puan ni?"
"Maaf ya pasal kejadian malam tu"
-aku sentap lantas membalas-
"kejadian apa"
"sapa nama" - dia cuba ubah topik
"ingat tak u ada bloking kereta dekat *******" - dia mesej lagi selepas aku tak reply
"saya minta maaf ya" -dia mesej mesej lagi
"Maaf bertanya. Tuan ke yang memarahi saya tempoh hari?" - aku reply
"Ya. Hari tu saya tension. Maaf ya."
"saya sakit lepas kejadian tu. kadang-kadang perkara kecil bagi kita, besar
kesannya pada orang lain. Doakan saya sembuh, Insyaallah saya maafkan tuan.
selamat hari raya" -mesej akhir dari aku
"U sapa nama"
-dia call dan call dan call lagi tapi aku tak jawab-
"napa tak jawab"
"bukan saya nak marah"
"Tak apa lah. apa pun saya minta maaf dunia akhirat atas keterlanjuran
kata-kata saya pada u malam tu. Saya menyesal. Selamat hari raya.
maaf zahir dan batin"
-aku sangka berakhir disitu, tapi saban hari dia cuba call aku, tapi aku tak jawab. Bukan sebab aku tak maafkan. Cuma aku tak bersedia untuk dengar suara dia lagi. Aku penat la sakit sebab dia ;((
-aku cerita dekat Zu, dia kata "Aniz nampak tak yang dia sungguh-sungguh cari Aniz?, cari nombor telefon Aniz, call Aniz setiap hari, entah-entah ada something tak? Aniz ada doa apa-apa ke hari tu?? kan doa orang yang teraniaya itu makbul.."
-aku senyum. dalam hati aku berkata "seingat aku hanya satu minta aku pada Allah malam itu. sambil menangis teresak-esak dalam ketakutan aku berdoa -Ya Allah, hanya 1 yang aku minta, andai 1 hari nanti dia rasa apa yang aku rasa, Engkau bukalah hati dan mindanya untuk ingat pada aku, seorang gadis yang pernah dihinanya..amin...-
-Barangkali sesuatu telah berlaku sehingga dia bersungguh-sungguh mencari aku. Aku taknak tahu. Yang penting aku mahu lupakan itu.
-Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa. DIA sentiasa tahu bagaimana untuk memujuk aku dengan keajaiban-keajaiban yang membuat aku bahagia semenjak kecil hingga sekarang. Terima kasih Allah..I WILL ALWAYS LOVE YOU.
LAPORAN KHAS
Aniz telah berjaya dalam permohonan bagi mengikuti program Cross Fertilization atau Program Penempatan Silang yang dimohon kira-kira 3 bulan yang lepas. (Rujuk entry ini). Program tersebut akan berjalan dari 21 September 2011 sehingga 20 Disember 2011. Seramai 7 orang pegawai telah terpilih untuk mengikuti program tersebut. Mereka yang dipilih akan ditempatkan di bahagian lain selama 3 bulan bagi menimba ilmu dan pengalaman baru dalam perkhidmatan. Wartawan SARi BERITA MU-TAK-HEY telah menemuramah salah seorang peserta yang terpilih.
"Program CF memberi pengalaman baru pada saya" - Aniz |
WILAYAH
Aniz telah berpindah dari Wilayah Persekutuan Putrajaya ke *********. Ketika ditemubual, Aniz mendakwa beliau kini sedang sibuk mengemas dan memasukkan barang-barang ke dalam kotak. "Saya suka rumah baru", kata Aniz ceria ketika ditemubual oleh wartawan SBMTH.
(pindah keluar dari wilayah boleh masuk dalam ruang ni ke wei??) KIHKIHKIH
PENDIDIKAN
UiTM kini sedang sibuk mengendalikan peperiksaan akhir semester bagi pelajar-pelajar Diploma di Universiti terbabit. Peperiksaan itu telah bermula pada 20 September 2011 yang lalu dan akan berakhir pada 9 Oktober 2011 iaitu BESOK.Salah seorang pelajar ketika ditemuramah berkata "Esok paper last saya. Saya gembira ianya akan berakhir ".
Aniz - gembira |
KELUARGA
Bapa kepada Usahawan Kerepek Tempe terkenal iaitu Aniz telah dimasukkan ke hospital pada hari Ahad yang lalu. Ekoran daripada kecederaan serius di bahu kiri yang telah dideritai ayah beliau sejak 2 tahun yang lepas, keluarga beliau terpaksa akur dan memilih pembedahan sebagai alternatif yang terakhir selepas dinasihati pakar. Abah beliau telah dimasukkan ke dewan bedah pada 5 Oktober 2011 jam 8.00 pagi. Pembedahan tersebut berakhir dengan jayanya pada jam 1.25 petang. Ketika ditemui wartawan SBMTH semalam, Aniz melahirkan rasa syukur kerana pembedahan tersebut telah berakhir dengan baik tanpa sebarang komplikasi dan beliau juga memberitahu abah beliau sudah dibenarkan keluar dari hospital petang semalam. SYUKUR ALHAMDULILLAH..(ee eehhh tetiba ada ayat nih dalam paper!! HAHA)
HIBURAN
Pengacara jelita dan terkenal, Aniz, kini sedang hangat digosipkan bercinta dengan seorang jejaka yang berasal dari Ibu Negara. Aniz dikatakan sering dilihat makan bersama jejaka terbabit di beberapa buah restoran di sekitar Ibu Negara. (yelaaa yelaaa aku ngaku...aku cari publisiti murahan..takyah la nak buat muka gitu......DUH)
SENYUM KAMBING
Kambing 1 : Di bahagian baru, hari Sabtu pun Aniz kena kerja.
Kambing 2 : Kesian diaaa......
HABIS
8 cakap-cakap:
keciknye dunia...semua wartawan SBMTH asyik temu ramah Aniz je...hadoyai
kirim salam kt ur dad! harap cepat sembuh dan bahagia selalu ;)
Kui kui kui...terbaikkkk punya newss! :P
kehkehkeh... mana berita sukan? selamat pindah umah baru....
mane pegi..rindu taw..
lamer jew diam2...
:) tumpg hepy mbace sari berita tuh ...
Darimo - hahahaha tu yg pelik tu...bukan dunia kecik..budak si aniz tu gila glamor la tu....hahahaha
LG - insyaallah....thanks dear...=))
Zahira - tengkiu tengkiu =))
Encik Jonni - Alamak..tak prasan tertinggal...tunggu sabtu dpn pnya paper lak...hahaha
Fadz - miss u too......=))
wuish lengkap semuanya :)
Nafisah - haha...sukan xder...
thanks 4 coming...=))
Post a Comment