CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, October 19, 2011

kamu menjadikan aku lebih menghargai nafas yang diberi

17 Oktober 2011


10/10/2011 - aku hantar email kepada salah seorang rakan blogger yang dah lama menyepi.
Email itu aku hantar kerana terbaca dalam majalah THE BACHELOR yang dia sakit..ee eehh TIPU...takde masuk magazine bagai pun..tak payah sesusah nak pergi cari majalah tu...
Aku terima berita dari salah seorang rakannya..
Dia rakan blogger yang selalu jadi kawan gaduh aku dulu.
Ya DULU...aku benar-benar maksudkannya...DULU dengan huruf yang aku caps lock kan itu bermaksud LAMA.

Yang rajin jenguk SEMANIZ CUPCAKES..
Yang sangat baik..
Lama dia tak update.
Dalam beberapa minit terluang pada isnin lepas aku tergerak hati untuk melayangkan sekeping email pada dia..(maaf maaf..saya tengah bajet ayat paling gempak untuk entri ni..UHUK..UHUK...)

Pada jam 1.57petang ini barulah aku tergerak hati untuk memeriksa inbox.

27 email di kotak inbox. salah satunya dari dia.

"how to simplify this, emm. i had brain cancer. 2nd stage"


Oh My ALLAH....aku tergamam...
jari aku cuba membidik butang reply.
Malangnya aku kaku.
Apa yang harus aku taipkan dalam email balas itu nanti..aku kalah..
Hampir 73 kali aku menyebut perkataan "Tabahnya dia...." sebaik saja aku selesai membaca email itu.


"adoii. bnyk betul sakit ni cik aniz oii. tp kena bersyukur sebab Allah dah bg sy peluang utk bangun tiap2 pagi n beribadat."


nampak tidak betapa dia sangat nice..lagi nice dari jejaka-jejaka atau awek-awek k-pop yang engkau orang gila-gila kan tu bukan??? (ok lempang aku..sebab aku pura-pura bukan peminat k-pop..HAHA)

Dia sakit, berumah di hospital..pembedahan dan kemoterapi...masih boleh rasa macam itu!


Ya ALLAH tabahnya dia....again!

AKU ini tidak payah lah kaitkan kanser, kadangkala bangun pagi tengok badan ada bintik merah juga sudah mahu berdoa


"Ya ALLAH, semalam aniz kena gigit nyamuk 18 ekor, semut merah 15 ekor, tak kira lagi udara yang tidak segar dengan hama yang banyak, nak pergi klinik ambil MC boleh tak????"

-tercelanya sifat engkau Aniz oii...


"thanks sangat2 coz still ingat pasal sy ni"

Aku tidak pernah melupakan SAHABAT selagi dia tidak menyakitkan. Keep my word.


"do hope that we can meet in person someday"

Insyaallah...pasti berjumpa suatu hari kerana mahu belanja tengok wayang cerita yang dilakonkan oleh heroin kegemaran kita iaitu si gojes Julia Roberts...yess yesss!!! i owe u this okay...mesti tuntut someday tahu...


Kawan.....Aku sentiasa doakan kesihatan dan kesejahteraan yang paling baik buat kamu. Insyallah kamu akan sihat. 


you have made me realize that every moment is precious


YOU HAVE INSPIRED ME A LOT MY FRIEND