CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, August 25, 2010

BERITA SEDIH

(1) last few days my hunny call penyewa rumah saya di bangi bertanyakan tentang duit sewa yang saya masih belum terima..keesokan harinya he told me that wife encik wan (penyewa rumah saya) yang angkat phone..she told him that her husband had just past away on 14 Ramadhan ago..he had an accident..saya sangat terkejut dan bersimpati dengan berita tersebut..walaupun saya tak pernah berjumpa dengan dia tapi saya turut terasa kesedihannya..dia pergi pada bulan Ramadhan yang mulia ini, pasti keluarga arwah sangat bersedih..semoga roh arwah encik wan dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman dan semoga keluarga arwah tabah menerima kehilangan orang tersayang..

(2) petang semalam saya call mak..sangat gembira dapat dengar suara orang yang paling saya sayang di dunia ini..tiba-tiba mak bagitahu yang dia masuk hospital pada 6 Ramadhan yang lepas akibat sedikit masalah di dalam perut (mengikut kata doktor)..saya tanya mak kenapa tak bagitahu, dan seperti biasa jawabnya "mak taknak kamu risau"..emm emak..emak...doc tak bagi mak puasa..saya sangat sedih dan risaukan kesihatan mak..sebelum ni mak pernah menjalani pembedahan kerana apendiks, sejak pembedahan tu juga mak kena berhati-hati memilih makanan..Ya Allah, kurniakanlah kesihatan yang baik kepada ibuku..lindungilah dia dari segala kesakitan wahai Tuhanku..amin.....
saya sayangkan mak abah dan adik-adik lebih dari segalanya..merekalah harta paling berharga yang saya ada..saya akan terus berdoa..semoga semuanya akan baik-baik saja...........

0 cakap-cakap: