Monday, December 28, 2009
HIDUP OHH HIDUP…
Dalam kehidupan seharian, kita sering menyaksikan pelbagai drama yang tanpa kita sedari,apa yang disaksikan itu sebenarnya berlaku dalam realiti kehidupan yang sebenar. Bagaimana seorang anak boleh menderhakai ibu yang melahirkannya, seorang bapa boleh ‘makan’ anak sendiri, seorang miskin menjadi hartawan, si kaya pula sekelip mata menjadi pengemis... teringat sebaris ayat dalam lagu kumpulan nasyid Raihan, ”iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertaqwa..ia tak dapat dijual beli, ia tiada ditepian pantai”..seorang anak ustaz, belum tentu tahfiz quran, anak pensyarah belum terjamin dapat belajar sampai universiti…aku yang jahil dan tersangat cetek ilmu ni, selalu pula dihujani dengan pelbagai persoalan yang timbul kesan daripada drama-drama menyentuh hati tersebut..soalan-soalan yang timbul, ‘kenapa…? Macam mana dia sanggup…? Patutkah dia…? Sepatutnya bla bla bla bla….’ Apapun kita tidak dilahirkan untuk menghakimi setiap perbuatan yang kita saksikan, sebaliknya belajar dari apa yang berlaku agar kejahilan tidak berterusan. Manusia tidak dinilai dari rupa dan jasadnya, sebaliknya dari ilmu dan jiwanya...jadi yang terbaik dikalangan yang terbaik bukan bermakna hebat dari pandangan mata dunia, sebaliknya nilai diri di hadapan Tuhan. Betapa ceteknya ilmu, betapa nipisnya iman sehingga syaitan tidak perlu bekerja keras untuk menembusinya. Betapa kerdil aku rasa di hadapan Maha Pencipta. Cuba berlagak hebat, sedangkan diri hanya menumpang di dunia Tuhan, teramat taksub harta dunia, sedangkan jasad itu juga sebenarnya milik Tuhan. Apa yang dimiliki itu tanpa disedari hanya dipinjam dari Yang Maha Kaya.. Sampai bila nak mendongak sedangkan diri sebenarnya sangat miskin tanpa Tuhan.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 cakap-cakap:
Post a Comment