Mood : happy walaupun sakit tekak
Halwa telinga : ungu-percaya padaku
Hari ahad lepas emak telah membuat kenduri doa selamat jadi aku balik kampung lepas kerja hari Jumaat. Pagi-pagi sabtu aku telah merajinkan diri mengikut Abah ke pasar untuk membeli seekor lembu…TIDAK..saya tipu sahaja..beli sayur..bukan lembu…kalau beli seekor lembu itu bermakna nak buat kenduri kawen saya..YABEDABEDUUUU!!!!! *gewdiks la engkau aniz
Entah kenapa setelah sekian lama tak keluar awal pagi di tempat kelahiran sendiri sebab selama ni balik kampung pun duduk terperap kat rumah 24 jam, aku rasa perasaan yang sangat berbeza. Rasa sangat bahagia..haaa gila kau, pergi pasar rasa bahagia..meroyan mak noks!
Kami pergi bertiga..Aniz, Abah dan Adik Ucu…Emak tak ikut..haaa belanja untuk kenduri, dan EMAK TAK IKUT! Gila berlagak kau…dah lah 3 orang yang pergi ni BUTA PASAR!...tahu tak apa tu????
BUTA PASAR tu ialah tidak dapat membezakan sesuatu barang di pasar secara normal..sebagai contoh ikan kembung boleh jadi ikan selar, ikan tenggiri serupa dengan ikan keli….MA SA A LAH………..*geleng-geleng kepala …kami nak beli apa pun semua nak kena tanya penjual tu..contohnya…
“Mak cik, emak saya nak masak 60 ekor ayam, jadi berapa kilo lengkuas saya nak kena beli yer???”
Beberapa saat kemudian, duit dan lengkuas bertukar tangan..
Setibanya di rumah……..
“MAKKKKKKKKK AAAiiiiiiiiiiii……. Berapa ekor lembu kita nak masak ni sayang ooiiiiiiii…..sampai 1 beg plastic besar awak beli lengkuas ni!”
“Laaaaaa mana la along tahu…mak cik tu kata banyak ni, along beli la banyak ni..nanti tak cukup emak marah”
“Laaaa kamu tanya dekat dia, kalau boleh 1 bakul dia suruh kamu beli..dia tu menjual..”
“lalalalalalaalalallalalaaaa…..” *muka innocent
Begitulah ceritanya……….
Abah dan Adik Ucu |
kopi itu sesuatu keperluan asas yang sangat perlu bagi keluarga kami |
saya telah terpikat dengan seutas jam berwarna purple yang saya nampak di kedai ini lalu terus membelinya dengan harga RM9.90 sahaja..*heppie! |
Mak cik ini peramah |
Eee Ehhh...Mak cik ini lagi..glamer la mak cik oiii..hihi |
Abah ajak lepak kat Momamed Ali punya kedai.. |
Sedap wooo...RM1.00 jerr...boleh makan banyak-banyak... |
sepanjang lepak di kedai Mohamed Ali..jam saya kena bahan dengan Abah..
"apa laa beli jam 9 hengget..90 hengget takpe juga..hahahahahaha"
(T_______________T)
nanges laju-laju
Tak mengapa...saya bukan banyak duit nak beli jam mahal-mahal macam kamu semua...tapi saya ada wawasan!...ahaks....
Aarrgghhhhh ada aku kesah...biarlah 9 hengget pun..asalkan ia purple...sekurang-kuurangnya kalau jam itu rosak esok pun, saya tak lah terkilan macam orang yang pakai jam 1,600 hengget...buweeekkkkk!!!!!! =p
Gambar waktu kenduri tak sempat ambil sebab busy gilerrrrrrr dengan tetamu mencecah 300 orang...Alhamdulillah semuanya berjalan lancar....syukur...
Pengajaran baru -
nota kaki - saya harap saya ada DSLR....(-___-)